ASSALAMUALAIKUM


Saturday, April 23, 2011

PAMERAN BUKU PERINGKAT SEKOLAH 2011

Pusat Sumber sekali lagi akan mengelolakan Pameran Buku Peringkat Sekolah, Kami juga turut menjemput sekolah-sekolah sekitar untuk sama-sama memeriahkan program ini. Program ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu :


Tarikh   : 24 hingga 26 April 2011

Hari      :  Ahad hingga Selasa

Masa   :  8.00 pagi hingga 4.00 petang

Program ini akan dirasmikan pada hari Ahad  oleh Guru Besar SKSS1 dan akan turut dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ipoh. Kepada semua yang berminat , dijemput hadir ke pameran tersebut bagi memeriahkan lagi program kami ini.
Terima kasih.

Sunday, March 6, 2011

PELANCARAN LESTARI NILAM


Pada 10 Februari yang lalu, PSS sekali melancarkan program NILAM  yang diberi nama LESTARI NILAM. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh  Guru Besar SKSS(1) YM Hj Tengku Hamzah b Hj Ku Seman. Dalam ucapannya beliau amat berharap agar  tabiat membaca sebagai amalan bagi semua murid bersesuaian dengan tema Sehari Sebuah Buku. Menurut beliau lagi, murid -murid akan ketinggalan sekiranya tidak berada  di arus perdana, kerana hanya dengan membaca kita akan dapat menguasai ilmu.



Majlis ini juga turut disertai oleh Pegawai Teknologi, En Mohd Sabri b Yunus dan seorang Juruteknik Komputer dari PKG Ipoh. Aktiviti pada hari tersebut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran , persembahan Kalam Jamai', juga diselitkan dengan pemberian angpau kepada murid berbangsa Cina serta Kuiz Sempena Tahun Baru Cina.


Majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai Lagu NILAM.....

NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

Ulang

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

NILAM

Saturday, February 19, 2011

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


Pada tahun 2011 ini,  aktiviti Pameran Bertema dimulakan dengan  Sambutan  Tahun Baru  Cina. Selain daripada  aktiviti kuiz, PSS juga telah mengadakan Persembahan Tarian Singa. Tujuan persembahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada  murid-murid tentang Perayaan Tahun Baru Cina serta memberi peluang kepada murid-murid untuk menyaksikan dengan lebih dekat budaya masyarakat cina di negara kita bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia.

Thursday, December 2, 2010

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM BAGI TAHUN 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM BAGI TAHUN 2011 BOLEH DILIHAT DI LINK BERIKUT.

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM

Wednesday, December 1, 2010

ANUGERAH TOKOH NILAM


Anugerah Tokoh NILAM telah dianugerahkan bersempena dengan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sri Suria (1) yang  diadakan pada 11 November 2010. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Zahari bin Daud.  Selain  daripada tokoh NILAM, anugerah juga turut diberikan kepada  pelajar-pelajar cemerlang yang mencapai 5A, 6A, 7A dan 8A, kehadiran penuh, , tokoh pelajar serta anugerah bagi pelajar-pelajar yang mempunyai ketokohan dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, ko-kurikulum. 
 
Majlis juga diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie (Bahasa Arab), Action Songs dan persembahan tarian 'Seribu Satu Malam' oleh pelajar-pelajar SK Sri Suria (1)


Panel pemilihan tokoh NILAM telah sebulat suara memilih adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin  dari Tahun 6 Arif sebagai Tokoh NILAM pada tahun ini. Pemilihan dibuat bukan sahaja berdasarkan kepada  jumlah bacaan buku tetapi juga  penglibatan  secara aktif di sekolah serta akademik. Adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.




 Selain daripada disarungkan kain selempang tokoh NILAM, adik Noor Samhana turut menerima sebuah tropi, serta hadiah sampingan yang disampaikan kepada ibunya. Sekalung tahniah buat  adik Noor Samhana, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang, juga ucapan tahniah dari PSS kepada semua murid yang telah berjaya menerima anugerah pada hari tersebut...Teruskan kecemerlangan anda....





Friday, November 26, 2010

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Bersempena sambutan Deepavali pada 5 November yang lalu, PSS telah mengadakan pameran bertema seperti biasa, tetapi kali pameran kali ini lebih menarik kerana turut diadakan Ranggoli Kolam. Ranggoli kolam ini telah menarik perhatian semua murid , guru serta ibu bapa yang melihat pameran tersebut.


Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali  merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan jug a dikenali sebagai pesta cahaya.

 Inilah dia ranggoli kolam yang dihasilkan sempena  hari Deepavali ..


Wednesday, November 10, 2010

AKTIVITI KURSUS DAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pada 30 Oktober yang lalu, pelatih-pelatih IPG Kampus Kota Bharu seramai 14 orang pesrta , 2 orang Pensyarah  serta 2 orang Pembantu Pusat Sumber telah sudi berkunjung ke sekolah kami untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.Pihak kami amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut..


Kesungguhan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh bakal-bakal  cikgu kita ni amat membanggakan...Teruskan usaha murni kalian kerana anak-anak bangsa amat memerlukan khidmat dan bakti yang bakal kalian curahkan.


Wajahceria bakal - bakal cikgu....semoga akan menjadi pendidik yang cemerlang walau di mana kalian berada...Insyaallah.Terima kasih semua dan jumpa lagi...

Thursday, October 28, 2010

KURSUS DAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah SKSS(1) mengalu-alukan kehadiran  pelajar -pelajar serta Pensyarah Pengiring  dari IPGM Kampus Kota Bharu untuk mengikuti Kursus Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang.Kursus dan bengkel ini akan diadakan  :


Tarikh  : 30hb Oktober 2010
Peserta  : 14 orang pelajar IPGM Kampus Kota Bharu serta 2 orang Pensyarah pengiring



Berita Hari Ini

TV Box

Radio TV

Education in Malaysia

EDUCATION PHILOSOPHY
Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.

NATIONAL CURRICULUM
"... an educational programme that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral values and to transmit knowledge"
Education Act 1996 [Education (National Curriculum) Regulation 1997]

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina 2011

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
HAPPY DEEPAVALI

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Selamat berpuasa ...

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
TERIMA KASIH CIKGU!

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Keputeraan Al Sultan Kelantan

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP