ASSALAMUALAIKUM


Thursday, December 2, 2010

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM BAGI TAHUN 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM BAGI TAHUN 2011 BOLEH DILIHAT DI LINK BERIKUT.

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM

Wednesday, December 1, 2010

ANUGERAH TOKOH NILAM


Anugerah Tokoh NILAM telah dianugerahkan bersempena dengan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sri Suria (1) yang  diadakan pada 11 November 2010. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Zahari bin Daud.  Selain  daripada tokoh NILAM, anugerah juga turut diberikan kepada  pelajar-pelajar cemerlang yang mencapai 5A, 6A, 7A dan 8A, kehadiran penuh, , tokoh pelajar serta anugerah bagi pelajar-pelajar yang mempunyai ketokohan dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, ko-kurikulum. 
 
Majlis juga diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie (Bahasa Arab), Action Songs dan persembahan tarian 'Seribu Satu Malam' oleh pelajar-pelajar SK Sri Suria (1)


Panel pemilihan tokoh NILAM telah sebulat suara memilih adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin  dari Tahun 6 Arif sebagai Tokoh NILAM pada tahun ini. Pemilihan dibuat bukan sahaja berdasarkan kepada  jumlah bacaan buku tetapi juga  penglibatan  secara aktif di sekolah serta akademik. Adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.




 Selain daripada disarungkan kain selempang tokoh NILAM, adik Noor Samhana turut menerima sebuah tropi, serta hadiah sampingan yang disampaikan kepada ibunya. Sekalung tahniah buat  adik Noor Samhana, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang, juga ucapan tahniah dari PSS kepada semua murid yang telah berjaya menerima anugerah pada hari tersebut...Teruskan kecemerlangan anda....





Friday, November 26, 2010

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Bersempena sambutan Deepavali pada 5 November yang lalu, PSS telah mengadakan pameran bertema seperti biasa, tetapi kali pameran kali ini lebih menarik kerana turut diadakan Ranggoli Kolam. Ranggoli kolam ini telah menarik perhatian semua murid , guru serta ibu bapa yang melihat pameran tersebut.


Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali  merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan jug a dikenali sebagai pesta cahaya.

 Inilah dia ranggoli kolam yang dihasilkan sempena  hari Deepavali ..


Wednesday, November 10, 2010

AKTIVITI KURSUS DAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pada 30 Oktober yang lalu, pelatih-pelatih IPG Kampus Kota Bharu seramai 14 orang pesrta , 2 orang Pensyarah  serta 2 orang Pembantu Pusat Sumber telah sudi berkunjung ke sekolah kami untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.Pihak kami amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut..


Kesungguhan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh bakal-bakal  cikgu kita ni amat membanggakan...Teruskan usaha murni kalian kerana anak-anak bangsa amat memerlukan khidmat dan bakti yang bakal kalian curahkan.


Wajahceria bakal - bakal cikgu....semoga akan menjadi pendidik yang cemerlang walau di mana kalian berada...Insyaallah.Terima kasih semua dan jumpa lagi...

Thursday, October 28, 2010

KURSUS DAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah SKSS(1) mengalu-alukan kehadiran  pelajar -pelajar serta Pensyarah Pengiring  dari IPGM Kampus Kota Bharu untuk mengikuti Kursus Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang.Kursus dan bengkel ini akan diadakan  :


Tarikh  : 30hb Oktober 2010
Peserta  : 14 orang pelajar IPGM Kampus Kota Bharu serta 2 orang Pensyarah pengiring



PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 1hb Ogos yang lalu, Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan dengan beitu meriah sekali. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SKSS(1),Tn Hj Tengku Hamzah b  Hj Ku Seman.
Sepanjang bulan Ogos yang lalu, banyak aktiviti yang telah dijalankan termasuklah pertandingan mendeklamasikan sajak kemerdekaan, peraduan mewarna, serta keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan. Aktiviti berakhir pada 16 September 2010.

Tuesday, July 27, 2010

SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

Pada 11 Julai 2010, Panitia Agama Islama dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis sambutan Isra' dan Mikraj. Seorang penceramah jemputan telah diundang iaitu Ustaz Ahmad Ubaidillah b Alias dari Jabatan Sumber Manusia, PKINK  untuk menyerikan majlis tersebut.

Objektif  utama sambutan ini adalah untuk memupuk rasa keinsafan yang mendalam dalam diri semua warga sekolah dalam menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. menegakkan syiar Islam, membentuk peribadi dan sahsiah yang cintakan ilmu pengetahuan serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang sirah Rasulullah s.a.w.
 



Untuk lebih menyerkan lagi majlis, murid murid telah diajukan dengan soalan kuiz spontan. Sambutan agak menggalakkan, murid -murid begitu teruja untuk menjawab soalan. Hadiah kepada pemenang kuiz telah disampaikan oleh  PK 1 iaitu Pn Hajjah Wan Saudah bt Wan Muhamood. Tahniah kepada yang  telah berjaya!

Wednesday, July 21, 2010

PELANCARAN SEMARAK NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Program Semarak NILAM  telah dilancarkan bersempena dengan Bulan Membaca peringkat sekolah. Bersesuaian dengan tema  'Membaca Menjana Minda' program ini dilancarkan untuk memupuk dan menyemai  minat membaca di kalangan murid di peringkat awal lagi.

Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SKSS(1), Tn Hj Tengku Hamzah b Hj Ku Seman. Beliau berharap agar program ini akan berterusan  bagi mengekalkana minat  murid-murid terhadap bacaan seiring dengan kehendak masa kini.
Bersempena dengan majlis ini juga beberapa orang murid telah menerima hadiah galakkan, pingat serta sijil sebagai penghargaan terhadap penglibatan mereka dalam program NILAM. Seramai 18 orang telah berjaya menerima Pingat Gangsa, 2 orang Pingat Perak, seorang murid telah berjaya menerima Anugerah NILAM dan 2 orang murid telah menerima  Anugerah Emas.

Guru-guru dan murid-murid begitu bersemangat menyanyikan Lagu NILAM sebagai tanda sokongan terhadap program NILAM. 


LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
                                  
                               Ulang
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
NILAM



Sunday, July 11, 2010

PROGRAM PELANCARAN SEMARAK NILAM

TARIKH :  4 JULAI 2010
HARI       :  AHAD
MASA      :  8.00 PAGI
TEMPAT :  DATARAN SURIA
SASARAN    :  SEMUA MURID
PELANCARAN OLEH : TN HJ TENGKU HAMZAH B HJ KU SEMAN ( GURU BESAR SK SRI SURIA ( 1) )
                                          

Monday, May 31, 2010

MALAYSIAN CYBERGAMES FESTIVAL 2010

Pasukan SK Sri Suria (1) begitu seronok dan teruja semasa menyertai Cybergames yang diadakan di BTP, Pengkalan Chepa.

Thursday, May 27, 2010

MALAYSIAN CYBERGAMES FESTIVAL 2010

MAKLUMAN KEPADA SEMUA MURID,  GURU SERTA IBU BAPA YANG TERLIBAT.

TARIKH  :   30HB MEI 2010

MASA      :  7.45 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

TEMPAT  :  BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN,
                    PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

PESERTA :  8 ORANG

IBU BAPA TERLIBAT DIGALAKKAN HADIR BERSAMA

Monday, May 17, 2010

SURIA 1 JOHAN ANUGERAH PENGURUSAN PUSAT SUMBER & NILAM CEMERLANG 2010


Anugerah ini telah diumumkan pada 12hb Mei 2010 yang lalu, Tuan Guru Besar telah berbesar hati menerima anugerah ini yang disampaikan oleh Tn Hj Zahari b Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.

SAMBUTAN HARI GURU DI MALAYSIA

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.


LAGU GURU MALAYSIA:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

TEMA HARI GURU
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


SEJARAH SAMBUTAN HARI GURU

Sejarah Sambutan Hari Guru Sedunia

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatuperibahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketikaInteramerican Conference on Education, di Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober, di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuanmengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918. Di Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. DiChina pula, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah hari jururawat dan hari wartawan).

Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.

Objektif
" Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
" Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
" Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
" Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
" Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
" Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Friday, May 14, 2010

LAWATAN PESTA BUKU

Pada 29hb April yang lalu PSS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pesta Buku Peringkat Negeri Kelantan serta  kawasan sekitar Kota Bharu. Seramai 45 orang murid yang mengikutinya dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. 
Sepanjang perjalananan satu aktiviti menarik telah dijalankan iaitu menjawab soalan kuiz spontan. Murid-murid begitu teruja dan berebut-rebut untuk menjawab soalan. Setiap soalan bernilai RM1, dan akan bertambah nilainya sekiranya soalan tidak dapat dijawab.Seramai 8 orang murid telah dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat dan menerima hadiah.
Selain dari Pesta Buku, rombongan turut melawat Tapak Ekspo Pertanian, Muzium D'Raja Negeri Kelantan serta berpeluang membeli-belah di Pasar Raya KB Mall. 
Dalam perjalanan pulang rombongan kami telah singgah untuk menikmati hidangan tengah hari di Restoran Salor. 
Walaupun keletihan tetapi murid-murid amat gembira dan seronok sekali. Rombongan kami tiba di sekolah tepat jam 4.30 petang.

Tuesday, April 13, 2010

ANUGERAH PENGURUSAN NILAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU TERUTAMA GURU PENYELARAS NILAM DAN GURU DATA

 Penganugerahan ini diberikan berdasarkan kriteria seperti :

1. Berdasarkan kutipan data NILAM bulan April dan Oktober
2. i-NILAM
3. Penyertaan Tokoh NILAM sekolah di peringkat PPD,Negeri dan Kebangsaan
4. iQ-PSS
5. Laporan aktiviti dan pengiktirafan NILAM peringkat sekolah
6. Pemantauan PSS oleh pihak PKG dan BTPN Kelantan.

terima kasih.

CABUTAN BERTUAH PAMERAN BUKU 2010

Acara cabutan bertuah pada hari Ahad 11 April 2010, Semua murid serta guru berdebar-debar menanti  keputusan cabutan bertuah. Seramai 9 orang murid sesi pagi, seorang pemenang dari kalangan guru yang bertuah, 2 orang dari sesi petang serta seorang dari Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (1).  Bagi sesi petang, wakil guru menerimanya dan hadiah disampaikan pada sesi perhimpunan petang oleh Penyelia Petang.Acara kemuncak ialah pemenang bagi hadiah pembelian terbanyak. Adik Azma Nur Harith dari Tahun 6 Arif telah terpilih mewakili murid dan Pn Anida bt Che Ismail telah terpilih di kalangan guru. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.


Tahniah kepada semua penerima hadiah cabutan bertuah! Tahniah juga kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah yang telah berjaya mengadakan Pameran Buku Peringkat Sekolah 2010!


Wednesday, April 7, 2010

PAMERAN BUKU 2010


Sunday, April 4, 2010

PAMERAN BUKU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Pameran Buku Peringkat Sekolah diadakan pada 4 dan 5 April 2010 dengan tema, BUKU: 'Lakaran Masa Depan'. Majlis telah dirasmikan oleh YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman yang merupakan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1. 
Tuan Guru Besar merasmikan pameran buku sekolah.

Pameran buku tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Dengan adanya pameran buku ini, murid berpeluang untuk memilih antara buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka di samping menjadikan buku teman setia mereka. 

Tuan Guru Besar membuka ikatan banner pameran sebagai simbolik perasmian.

Tambahan pula, pameran buku ini akan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang buku-buku terkini di pasaran bersesuaian dengan tahap usia mereka serta selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid sekolah.
Antara murid-murid dan ibu bapa yang mengunjungi gerai pameran.

Diharapkan juga dengan adanya pameran buku ini akan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara sekolah-sekolah sekitar khasnya dalam TQE1.

Tuan Guru Besar meninjau buku-buku yang dipamerkan di gerai.

MAKLUMAN PROGRAM NILAM

KEPADA SEMUA MURID SK SRI SURIA 1

1. Sila kemaskinikan buku NILAM anda dan hantar kepada guru Bahasa Melayu atau guru kelas atau mana-mana guru untuk disahkan dan ditandatangani.

2. Sila rekodkan jumlah bacaan dalam Borang Rekod Bacaan Kelas bagi setiap bulan dengan betul.

3. Borang Rekod Bacaan Kelas akan dipungut pada minggu hadapan. (Tindakan Guru Kelas)

Wednesday, March 31, 2010

SAMBUTAN KEPUTERAAN AL-SULTAN KELANTAN

 Setiap tahun rakyat Kelantan akan menyambut Hari Keputeraan Al-Sultan yang dikasihi pada 30 dan 31hbMac sebagai tanda kasih dan taat terhadap Raja yang memayungi negeri ini.

Wednesday, March 24, 2010

MAKLUMAN PAMERAN BUKU DI SK SRI SURIA (1)

Makluman kepada semua guru,kakitangan,serta murid SK Sri Suria (1). Pameran tersebut akan diadakan pada :

Tarikh       : 4hb dan 5hb April 2010

Tempat     : Dataran Suria SK Sri  Suria (1)

Masa        : 8.00pagi - 4.00 petang

Majlis ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar.Kami berbesar hati menjemput murid-murid dan guru-guru dari sekolah-sekolah sekitar untuk sama-sama memeriahkan lagi pameran ini.

AKTIVITI MAULIDUR RASUL







Berita Hari Ini

TV Box

Radio TV

Education in Malaysia

EDUCATION PHILOSOPHY
Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.

NATIONAL CURRICULUM
"... an educational programme that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral values and to transmit knowledge"
Education Act 1996 [Education (National Curriculum) Regulation 1997]

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina 2011

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
HAPPY DEEPAVALI

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Selamat berpuasa ...

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
TERIMA KASIH CIKGU!

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Keputeraan Al Sultan Kelantan

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP