ANUGERAH TOKOH NILAM
Panel pemilihan tokoh NILAM telah sebulat suara memilih adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin dari Tahun 6 Arif sebagai Tokoh NILAM pada tahun ini. Pemilihan dibuat bukan sahaja berdasarkan kepada jumlah bacaan buku tetapi juga penglibatan secara aktif di sekolah serta akademik. Adik Noor Samhana bt Mohd Ariffin merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Selain daripada disarungkan kain selempang tokoh NILAM, adik Noor Samhana turut menerima sebuah tropi, serta hadiah sampingan yang disampaikan kepada ibunya. Sekalung tahniah buat adik Noor Samhana, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang, juga ucapan tahniah dari PSS kepada semua murid yang telah berjaya menerima anugerah pada hari tersebut...Teruskan kecemerlangan anda....
0 comments:
Post a Comment