ASSALAMUALAIKUM


Friday, February 26, 2010

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. 

Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
 
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Juga dinamakan Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh  26 Januari 2009
Tarikh  14 Februari 2010
Tarikh 3 Februari 2011
Perayaan sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan dengan Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini
Tarian Naga juga merupakan salah satu elemen penting dalam perayaan Tahun Baru Cina.

SEJARAH TAHUN BARU CINA
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). 

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

MITOS TAHUN BARU CINA
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan, yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian.

SAMBUTAN PERAYAAN
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah berkahwin.

ANGPAU
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah  diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian .Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

BUNGA API
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk meriam dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Thursday, February 25, 2010

Kuiz Bertema



Sekitar aktiviti kuiz bertema.
Murid-murid menjawab soalan kuiz termasuk murid Tahun Satu juga tidak ketinggalan untuk mencuba.Guru Besar sedang menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang berupa angpau Tahun Baru Cina.

Monday, February 22, 2010

PEMANTAUAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010

Isnin-22 Februari 2010

Pegawai Pemantau PSS bergambar kenangan di hadapan PSS bersama Tuan Guru Besar, Tn Hj Tg Hamzah b Ku Seman dan GPM, Pn Rosnida bt Remli.


Pada hari ini, sekolah telah dikunjungi oleh 5 orang pegawai pemantau Pusat Sumber Sekolah kerana sekolah ini telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2010.
Sedang meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan.

2 daripada pegawai pemantau adalah daripada Perpustakaan Negeri Kelantan iaitu Pn Wan Fairuzliza bt Wan Kadir (Penolong Pegawai Perpustakaan Negeri) dan Pn Nurulaidal bt Ab Ghoni, (Penolong Pegawai Perpustakaan Negeri) seorang daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan yang bertugas sebagai Penolong Pengarah BTPNK iaitu Pn Hjh Masdiyah bt Jemain, seorang daripada Institut Perguruan Kota Bharu yang bertugas sebagai Ketua Pusat Sumber IPGKB iaitu Pn Maziah bt Mohd Rashid manakala seorang lagi ialah daripada Pusat Kegiatan Guru Ipoh iaitu En Wan Haide b Wan Idris.

Pn Hjh Masdiyah sedang meneliti maklumat dan data PSS.

Pemantauan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Selain daripada memeriksa semua rekod Pusat Sumber Sekolah, pegawai-pegawai pemantau juga dibawa melawat ke sudut-sudut sumber di sekeliling sekolah seperti Galeri Warisan, Pondok Bacaan, Makmal Komputer dan paling menariknya lawatan ke Taman Sumber Sains di mana pegawai-pegawai pemantau boleh melihat sendiri haiwan-haiwan yang dipelihara di sini seperti landak, ular sawa, burung merak, burung helang, arnab, belibis, ayam mutiara, rusa dan sebagainya.

Pn Maziah sedang memberi makan rusa di Taman Sumber Sains.

Adalah diharapkan Pusat Sumber Sekolah pada tahun ini berjaya dinobatkan dengan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang. InsyaAllah.

Pegawai-Pegawai Pemantau PSS.



Tuesday, February 9, 2010

PANORAMA PUSAT SUMBER











Sunday, February 7, 2010

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, murid, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan.

Pusat Sumber Sekolah SK.Sri Suria (1) asalnya berada di tingkat satu blok B bangunan lama iaitu dibahagian belakang menjadikan PSS suatu tempat yang agak berjauhan daripada bilik-bilik darjah. Keluasannya yang amat terhad iaitu hanya menyamai satu bilik darjah biasa menyebabkan ianya agak sesak dan penggunaannya amat minimum.

Mulai tahun 2003, sekolah telah membina bangunan baru dan Pusat Sumber Sekolah telah ditempatkan di tingkat bawah sekali di mana blok B(Bangunan lama ditukar menjadi blok A manakala bangunan baru dinamakan blok B). Keluasannya yang agak selesa iaitu menyamai tiga bilik darjah meliputi Perpustakaan dan Bilik Akses Kendiri(SAL). Ia juga mengambil sedikit ruang untuk Bahagian Bantu Belajar.


Pada tahun 2009 Bilik APD telah diwujudkan iaitu di bahagian hujung kelas di tingkat satu Blok A berkongsi dengan Bilik PPSMI,namun begitu pada tahun ini Bilik APD serta Bilik PPSMI terpaksa di korbankan untuk dijadikan kelas bagi mengatasi masalah kekurangan kelas pembelajaran.Kini Bilik APD dan PPSMI telah dijadikan kelas Satu Elit.


PSS juga telah mula menerokai Sistem Automasi bermula akhir tahun 2008 tetapi masih belum dapat beroperasi sepenuhnya kerana masih dalam proses memasukkan data dan maklumat bahan.Sistem Automasi ini akan dijangka akan diguanakan sepenuhnya pada tahun ini. PSS SK Sri Suria (1) telah menyertai Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri dan telah mendapat tempat ke dua pada tahun 2009.

PERKHIDMATAN PSS

  • Pinjaman/Pulangan Buku
  • Ruang bacaan akhbar dan majalah
  • Pinjaman Berkelompok (Bulk Loan)
  • Ruangan Bacaan yang selesa
  • Pinjaman /Pulangan CD/CDR
  • Pinjaman/Pulangan BBB
  • Ruang Pameran
  • Khidmat Scanning
  • Kemudahan untuk mengakses internet di dalam PSS
  • Ruangan bacaan santai

    PIAGAM PELANGGAN

    P - Pengendalian perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang teratur.

    S - Senyuman dan layanan mesra kepada semua.

    S - Sentiasa menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini.

    S - Sistem pinjaman dan pemulangan secara sistematik.

    K - Khidmat yang cekap,cepat dan lengkap.

    S - Sentiasa menyediakan ruang yang selesa dan praktikal.

    S - Situasi pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

    S - Seiring dengan visi sekolah bagi melaksanakan Pendidikan cemerlang,gemilang dan terbilang

    Saturday, February 6, 2010

    KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS TAHUN 2010

    Pengawas PSS Tahun 5 dan 6.

    Pengawas PSS Tahun 3 dan 4.

    KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS SK SRI SURIA 1

    Kem Kepimpinan diadakan pada 29 dan 30 Januari 2010 bermula jam 7.45 pagi hingga 12.30 pagi di SK Sri Suria 1. Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Tg. Hamzah b. Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria 1.

    Program ini diadakan untuk mendedahkan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin kecil di sekolah dan sebagai teladan yang baik kepada murid-murid yang lain. Sehubungan dengan itu, ianya juga diharap akan dapat menyuburkan jati diri mereka sebagai pemantau disiplin di sekolah yang dihormati dan disegani. Ini juga sebagai latihan untuk mereka menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

    JAWATANKUASA INDUK

    JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

    Pengerusi : Tn Hj Tengku Hamzah b Ku Seman(Guru Besar SKSS1)
    Naib Pengerusi : Pn Hjh Wan Saudah bt Wan Mohamod(Penolong Kanan Pentadbiran)
    Naib Pengerusi 1 : En Sahimi b Mohamad(Penolong Kanan HEM)
    Naib Pengerusi 2 : En Nik Ahmad Fuad b Nik Nawi(Penolong Kanan KO)
    Naib Pengerusi 3 : Pn Wan Masriah bt Puteh(Penyelia Petang)
    Setiausaha : Pn Rosnida bt Remli(Guru Perpustakan Dan Media)

    Ahli Jawatankuasa :

    KETUA PANITIA
    Pn Rusnani bt Yusoff( KP BM)
    Pn Nor Azilawati bt Badaruddin(KP BI)
    En Mohd Nasir b Idris(KP MT)
    Pn Siti Nurihan bt Yusoff(KP SC)
    Pn Zalina bt Talib(KP PI)
    En Mohd Hafizi b Che Ali(KP PJK)
    Pn Harishahima bt Haber(KP PSK)
    Pn Pn Azizah bt Ismail(KP PSV)
    En Azman b Muhd Yusof(KP KH)
    Pn Zamilah bt Abdullah(KP MZ)
    Pn Zaleha bt Salleh(KP KT)
    En Wan Ibrahim b Wan Ali(Penyelaras jQaf)

    KETUA UNIT
    Pn Azmawati bt Abdullah(Perpustakaan)
    En Mokhtar b Abu Hassan(Media dan Teknologi)
    Pn Nik Hasni bt Nik Yaakub(BBB)
    Pn Nor Azilawati bt Badaruddin(SAL)
    En Ahmad Zubaidillah b Othman(Makmal Komputer)
    Pn Rusnani bt Yusoff(NILAM)
    Pn Nur'Ain Chan Abdullah(Bank Soalan)
    Pn Murnenzai bt Mohd Yusup(Perkembangan Staff/Bimbingan Kaunseling)
    Pn Anida bt Che Ismail(Kurikulum)
    En Zulfataf b Daud(Kokurikulum)

    OBJEKTIF PSS SK SRI SURIA 1

    OBJEKTIF PSS

    1.Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai taraf akademik yang cemerlang.

    2.Menggalakkan penggunaan pelbagai jenis media pengajaran dan pembelajaran.

    3.Menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri agar mereka dapat berdikari,matang dan berdisiplin.

    4.Melatih murid membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

    VISI DAN MISI PSS SK SRI SURIA 1

    VISI DAN MISI PSS

    VISI PSS

    Menjadikan PSS sebagai sebuah gedung ilmu yang lengkap dengan segala maklumat terkini ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

    MISI PSS

    • Menggalakkan penggunaan PSS oleh warga sekolah ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi individu dan sahsiah.
    • Memupuk tabiat belajar kendiri,membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.
    • Membantu murid-murid dan guru-guru menghasilkan,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran ke arah potensi dan minat murid.

    MESYUARAT PSS SKSS1 KALI PERTAMA

    MESYUARAT AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT;

    TARIKH: 6 FEBRUARI 2010
    MASA: 1.15 PM
    TEMPAT: BILIK WAWASAN SKSS1

    SEMUA AJK PSS SKSS1 DIJEMPUT HADIR.
    SEKIAN DIMAKLUMKAN.

    SELAMAT DATANG



    Selamat datang ke Pusat Sumber SK Sri Suria 1, Tanah Merah,Kelantan.

    Berita Hari Ini

    TV Box

    Radio TV

    Education in Malaysia

    EDUCATION PHILOSOPHY
    Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.

    NATIONAL CURRICULUM
    "... an educational programme that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral values and to transmit knowledge"
    Education Act 1996 [Education (National Curriculum) Regulation 1997]

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    Tahun Baru Cina 2011

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    HAPPY DEEPAVALI

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    Selamat berpuasa ...

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    TERIMA KASIH CIKGU!

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    Sambutan Keputeraan Al Sultan Kelantan

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

    PAMERAN BERTEMA

    PAMERAN BERTEMA
    Tahun Baru Cina

      © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP