ASSALAMUALAIKUM


Wednesday, March 3, 2010

PERATURAN PUSAT SUMBER

PERATURAN PUSAT SUMBER

Peraturan Am
1.   Borang permohonan Kad Pintar boleh didapatkan dengan bayaran RM 0.20.

2.   Kad Pintar yang siap dikenakan bayaran RM 2.00. Kad Pintar digunakan untuk meminjam buku Bahagian Am dan Bahagian Rujukan.

3.   Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:-
      i)  Bahagian Am - Tempoh pinjaman 2 minggu
          Denda lewat ialah RM 0.20 sehari (termasuk cuti)
     ii)  Bahagian Rujukan - Tempoh pinjaman ialah 3 hari
          Denda lewat ialah RM 0.30 sehari (termasuk cuti)

4.   Pelajar boleh meminjam 2 buah buku Bahagian Am dan sebuah buku Bahagian Rujukan.

5.   Guru, Pengawas Pusat Sumber dan kakitangan sekolah (kerani, penolong makmal) boleh meminjam 3 buah buku Bahagian Am dan 2 buah buku Bahagian Rujukan.

6.   Sekiranya peminjam menghilangkan buku, penggantian semula diwajibkan sama ada berbentuk buku yang sama atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.

7.   Kad pintar tidak boleh dipindah milik.

8.  Buku Bahagian Bertanda Merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber.

9.   Pengguna-pengguna Pusat Sumber tidak dibenarkan makan, minum dan membuat bising di dalam Pusat Sumber.

Peraturan Pelajar
1.   Pelajar-pelajar haruslah memakai pakaian sekolah yang kemas dan lengkap semasa berada di dalam Pusat Sumber.

2.   Pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.

Peraturan Guru
1.   Guru yang ingin menggunakan Pusat Sumber boleh membuah tempahan di Buku Tempahan Pusat Sumber.

2.   Guru yang membawa masuk kelas hendaklah menjaga disiplin pelajar.

3.   Guru yang menggunakan Pusat Sumber hendaklah mengisikan Rekod Penggunaan Pusat Sumber.

Peraturan Bilik APD
1.   Guru matapelajaran hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar di dalam bilik APD.

2.   BBM atau buku di alam bilik APD hanya boleh dipinjam oleh guru.

3.   Guru yang menggunakan bilik APD hendaklah mengisikan butir-butir ke dalam buku Rekod Penggunaaan Bilik APD yang telah disediakan.

4.   Sekiranya alatan elektronik digunakan, suis alatan mestilah dipadamkan sebelum meninggalkan bilik APD.

5.   BBM yang dipinjamkan hendaklah direkod dahulu di dalam buku Rekod Pinjaman BBM sebelum dibawa keluar dan direkod semula apabila dipulangkan.

6.   Pelajar dilarang sama sekali untuk mengendalikan peralatan-peralatan di bilik APD tanpa kebenaran daripda guru mereka.

7.   Pastikan bilik APD sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas.

0 comments:

Berita Hari Ini

TV Box

Radio TV

Education in Malaysia

EDUCATION PHILOSOPHY
Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.

NATIONAL CURRICULUM
"... an educational programme that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral values and to transmit knowledge"
Education Act 1996 [Education (National Curriculum) Regulation 1997]

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina 2011

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
HAPPY DEEPAVALI

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Selamat berpuasa ...

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
TERIMA KASIH CIKGU!

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Keputeraan Al Sultan Kelantan

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP