ASSALAMUALAIKUM


Wednesday, March 24, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tanggal 12 Rabiul Awal tahun gajah,di subuh hari Isnin nan indah,lahirlah seorang putera yang mulia iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Kelahirannya disambut dengan penuh gembira oleh seluruh makhluk di muka bumi ini.Justeru,setiap tahun pada tanggal 12 Rabiul Awal,semua umat islam di seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kesyukuran.Tema sambutan Maulidur bRasul pada tahun ini ialah “ Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”.


SEJARAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah,pada hari Isnin,12 Rabiulawal,Tahun Gajah (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib,

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, mereka mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu. Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta membesar dengan sihat.. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab di kawasan yang masih asli ini. Nabi disusui ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya iaitu Suwaibah Al-Islamiah: wanita hamba sahaya Abu Lahab. Beliau menyusui Nabi selama empat bulan, dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah,serta Halimatus Sa’diah puteri Abi Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan..Nabi dipelihara di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran. sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

KERASULAN BAGINDA

Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian Malaikat Jibril telah diutuskan untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

0 comments:

Berita Hari Ini

TV Box

Radio TV

Education in Malaysia

EDUCATION PHILOSOPHY
Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.

NATIONAL CURRICULUM
"... an educational programme that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral values and to transmit knowledge"
Education Act 1996 [Education (National Curriculum) Regulation 1997]

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina 2011

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
HAPPY DEEPAVALI

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Selamat berpuasa ...

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
TERIMA KASIH CIKGU!

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Keputeraan Al Sultan Kelantan

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

PAMERAN BERTEMA

PAMERAN BERTEMA
Tahun Baru Cina

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP